AHLAN WASAHLAN

Tuesday, March 5, 2013


»»  READMORE...

Friday, March 1, 2013

MTQ SEKOLAH-SEKOLAH TAHUN 2013

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Sekolah, Daerah, Negeri Dan Kebangsaan Kali Ke-39, Tahun 2013 / 1434 H. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-39 Tahun 2013/1434H. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kali ke-39 Tahun 2013/1434H dan Senarai Ayat Tilawah al-Quran, Surah Hafazan dan Tajuk Bercerita Kisah Al-Quran. Bahan-bahan berkenaan boleh juga dicapai melalui laman web BPI (www.bpi.edu.my) atau klik [Bahan MTQSS 39]. Bahagian ini amat berbesar hati sekiranya pelaksanaan Majlis Tadarus Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim yang dilampirkan. Semoga pelaksanaan MTQSS ke-39 pada tahun 2013 ini akan lebih memberikan impak kepada para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaiatan.
»»  READMORE...
 
Copyright © 2011 Panitia Pendidikan Sk Basia Lama | Powered by Blogger
Design by skbl | download this template here!